May 01, 2014

Mentelaah atau Menelaah ?

  
 
Assalammualaikum,farah baru sahaja selesai menjawab soalan-soalan dekat Zoom A.Ada yang senang,susah,semua adalah.Kali ini kita akan bincangkan persoalan tentang mentelaah atau menelaah untuk belajar?

Jawapannya:Menelaah

Haa..semua dah tahukan??Jadi lepas ini tak adalah kawan-kawan tersalah sebut lagi.Sampai di sini sahaja dululah ya pertemuan kita kali ini.See you next time.
 
-.Assalammualaikum.-
 
 

March 24, 2014

PRAY FOR MH370



 
Assalammualaikum .. today I want to post  about MH370..Let's pray for MH370

-Al-fatihah-
 

February 20, 2014

ialah atau adalah

"ialah"digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama.Perkataan atau rangkai kata yang menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan dan lain-lain.

"adalah" pula digunakan di hadapan kata sendi nama seperti untuk, pada dan juga kata adjektif.

Mari kita lihat perbezaan penggunaan "ialah" dan "adalah"

Contoh penggunan ialah yang betul :-
  1. Bola sepak ialah sukan yang paling digemari di Malaysia.(betul)
         Bola sepak adalah sukan yang paling digemari di Malaysia.(salah)
     
     2. Anak ialah anugerah Allah. (betul)

         Anak adalah anugerah Allah.(salah)
     
     3. Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi. (betul)
  
         Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi. (salah)


Contoh penggunan adalah yang betul :-

  1.  Kursus ini adalah untuk peningkatan kemahiran mengira.(betul)
           Kursus ini ialah untuk peningkatan kemahiran mengira.(salah)

     2.  Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada 15 Mac depan.(betul)
       
          Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 15 Mac depan.(salah)
    
      3.   Kenyataan itu adalah benar.(betul)

            Kenyataan itu ialah benar.(salah)

December 22, 2013

Penggunaan DARI dan DARIPADA

Assalammualaikum ...hari ni farah ada ulangkaji sikit .. Jadi , farah ingat nak kongsi dengan pembaca ..;)

Penggunaan DARI dan DARIPADA :

i) DARI = digunakan untuk tempat
 contohnya:Kain sutera itu dimport dari Jepun.

ii)DARIPADA= digunakan untuk orang atau benda
 contohnya : i) Basikal itu adalah pemberian daripada Pak Cik Ahmad.
                    ii) Tangan Shafiq patah akibat terjatuh daripada basikal
                        sewaktu pulang dari sekolah.

October 06, 2013

Formula SIFIR 8

Assalammualaikum .. hari ni farah nak kongsikan formula mudah untuk menghafal sifir 8 .. Boleh copy n paste ..:)


 0 8
 1 6        
 2 4         
 3 2      
 4 0
 _____    = Dikira secara menaik
                   
 4 8         = Dikira secara menurun dengan menolak
 5 6                          dua nombor
 6 4         
 7 2            
 8 0

FORMULA SIFIR 9

SIFIR 9

Assalammualaikum ..hari ini kita bincang tentang formula mudah untuk ingat atau hafal sifir 9 ..;)



0 9
1 8
2 7
3        =  Dikira secara menaik
4 5        =  Dikira secara menurun
5 4
6 3
7 2
8 1
9 0